Biasanya, batuan asli mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti "inclusion", warna, kekerasan, dan bentuk yang berlainan dari batu sintetik. Untuk pengetahuan semua, terdapat dua cara permata buatan manusia dihasilkan. Pertama, secara sintetik dimana batuan asli dileburkan dan dibentuk kembali dan kedua secara immitation (tiruan) iaitu batuan asli dicampur dengan bahan lain seperti kaca.
Batuan sintetik masih lagi dianggap sebagai permata yang berharga kerana bahan asalnya merupakan batu asli.
Perbedaan pertama ialah, batuan sintetik biasanya tidak mempunyai "Inclusion". Inclusion ialah kesan seakan-akan retak (Crack), atau buih (Buble) atau terdapat bendasing di dalam batu (seperti Tourmalined And Rutilated Inclusion) atau Lamella (kesan seperti cap jari) atau "Microcrystalline Aggreget" (seperti rekahan tetapi tidak boleh dirasa dengan menggunakan jari).
"Inclusion Berbentuk Bebenang Berwarna Putih Pada Blue-Lace Agate”
"Ferocolumbite Inclusion" Pada Sapphire Yang Berbentuk Seperti Bintik Hitam
"Amethyst Inclusion" Memberi Kesan Warna Ungu Pada Quartz Yang Berwarna Putih
"Pyro inclusion" Pada Ruby Membentuk Kesan Kekuningan
"Jardin Inclusion"
Salah satu ciri Emerald (Zamrud) dari Columbia ialah inclusion yang dinamakan Jardin. Jardin memberi kesan seperti rekahan, buih dan/atau bintik kehitaman pada Emerald.
|